Agensi Agen Insurans|Ejensi Ejen Insurans Kereta|Wakil Insuran Am Malaysia|CheahThimFook.com

Sedang cari Agensi Agen Insurans Kereta atau Ejensi Ejen Insuran Kereta atau Wakil Insurans Am kerana hendak bayar insuran kereta atau insuran motosikal Malaysia dan bayar cukai jalan (Road Tax)?

Road Tax Renewal
Road Tax Renewal

Ejaan dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan Bahasa Inggeris Agent ada yang eja AGEN dan ada yang juga eja EJEN.  Jadi yang mana betul?  Rujuk Dewan Bahasa Dan Pustaka.  Ejaan untuk perkataan Agency dalam Bahasa Inggeris pula diterjemah kepada Bahasa Malaysia ialah Agensi atau Ejensi?

Kalaulah kita orang lama, kita senang-senang gelarkan diri kita ini wakil insuran. Mudah cari wakil insuran am  untuk beli insuran  kereta di Pulau Pinang Malaysia melalui internet atau secara online.

Perkataan Insurance juga ada yang tulis INSURAN dan ada juga INSURANS.  Mana betul? Apa-apa pun anda boleh faham yang kita hendak cari wakil insuran dan selesai masalah anda.

Ada orang Indonesia di Malaysia  kata ANSURANSI kerana mereka juga nak bayar cukai jalan untuk keretanya di Malaysia.

Yang penting, tujuan utama saudara dan saudari telah sampai ke laman web kami kerana ingin sambung insuran kereta dan cukai jalan. Kami sedia membantu anda.

Insuran kereta persendirian(PRIVATE CAR INSURANCE) sebenarnya insuran kenderaan motor(MOTOR INSURANCE).

Insuran kereta terbahagi kepada tiga jenis atau kelas.

Jenis Pertama – Jenis Insuran Komprehesif (Comprehensive Insurance)

Jenis Kedua – Jenis Insuran Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian sahaja (Third Party Fire and Theft Only)

Jenis Ketiga – Jenis Insuran Pihak Ketiga sahaja (Third Party Only)

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang perbezaan antara ketiga-tiga jenis ini, kita akan tulis di muka laman yang seterusnya. Anda boleh ke laman kami yang tertulis dalam Bahasa Inggeris jika anda pun fasih dalam bahasa tersebut atau guna Google Translate untuk menterjemahkannya ke bahasa Malaysia.

Untuk saudara dan saudari yang pintar, anda juga boleh gunakan formula pengiraan harga insuran kereta anda dengan merujuk kepada aturcara formula yang kami sediakan dilaman kami dan juga JADUAL TARIF INSURAN KENDERAAN UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA DAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK

Kami menyediakan perkhidmatan membaharui piring cukai jalan (renew Road Tax)di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau di pejabat POS. Kami juga meyediakan pelbagai jenis insuran untuk anda sperti untuk Peribadi(Personal Lines) atau untuk Perniagaan(Business Lines).

Insuran kereta komprehensif hanya melindungi kerosakan kepada kenderaan anda akibat kemalangan jalaraya atau kereta anda telah hilang akibat kecurian. Anda hanya boleh buat tuntutan memperbaiki kerosakan kenderaan anda akibat kemalangan jalanraya dan juga syarikat insuran akan membayar gantirugi terhadap pihak ketiga yang mengalami kecederaan badan dan kerosakan harta benda mereka.

Jika kenderaan anda kena curi dan pihak polis mengesahkan dengan laporan hasil siasatan yang kenderaan ada tidak dapat dikesan dan dijumpai semula, syarikat insuran anda akan membuat tawaran kepada anda untuk membayar wang gantirugi mengikut nilaian semasa model dan jenis kenderaan anda sebagai penyelesaian tuntutan atau claim anda.

Ia tidak langsung melindungi pemilik atau pemandu kereta dari kecederaan badan atau kecacatan anggota menyeluruh atau kematian akibat kemalangan jalanraya.

Oleh yang demikian, anda dinasihati membeli insuran kemalangan peribadi atau insuran kemalangan pemandu dan penumpang-penumpang iaitu DPPA atau dikenali dalam bahasa Inggeris Driver and Passengers Personal Accident insurance.

Apabila anda membeli insuran kereta jenis kedua, iaitu insuran pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, ia hanya melindungi kereta anda terhad kepada kebakaran kereta anda semasa dalam panduan di jalanraya atau kehilangan kereta akibat kecurian.  Ia juga memberi perlindungan kepada kecederaan badan terhadap pihak ketiga dan terhadap kerosakan harta benda pihak ketiga. Ia langsung tidak melindungi kecederaan atau kematian akibat kemalangan anda sama sekali.

Jika kereta atau kenderaan anda mengalami kerosakan yang teruk dalam kemalangan jalaraya, nahaslah kamu kerana anda perlu menanggung kos memperbaiki kereta anda sendiri.

Insuran kenderaan kereta dan motosikal jenis ketiga iaitu Insuran Pihak Ketiga sahaja pula hanya melindungi kecederaan badan terhadap pihak ketiga atau kerosakan harta benda pihak ketiga sahaja.  Oleh itu harga yurannya yang paling murah jika di bandingkan dengan harga yuran insuran jenis-jenis insuran pertama dan kedua.

Pada kebiasaannya,syarikat insuran kurang minat memberi perlindungan komprehensif untuk kereta-kereta dan kenderaan lain yang usianya sudah mencapai dan melebihi lima belas (15) tahun. Jadi anda terpaksa mengambil insuran jenis kedua.

Tambahan lagi, jika usia kereta atau motosikal anda melebihi dua puluh(20) tahun keatas, anda lansung tidak di benarkan membeli insuran kederaan kereta atau motosikal jenis pertama-komprehensif dan jenis kedua-Insuran Kenderaan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian.

Lagipun, syarikat insuran am lazimnya mengenakan yuran tambahan “loading” kerana yuran insuran-insuran jenis kedua dan ketiga harga nya agak terlalu rendah bagi syarikat insuran mencari keuntunggan dari perniagaan insuran ini.

Ada juga syarikat insuran yang mengenakan “EXCESS”, iaitu satu pengecualian menanggung bayaran gantirugi sehingga pemilik kenderaan sendiri menanggung sesuatu bayaran peratusan dari kos gantirugi yang dialami oleh syarikat insuran akibat kemalangan atau kecurian kenderaan. Caj excess ini adalah untuk mengurangkan beban tanggungan syarikat insuran supaya syarikat insuran dapa teruskan perniagaan insuran kenderaan.

Insuran jenis ketiga ini adalah pilihan terakhir bagi melindungi hak pemilik dan pemandu kereta. Janganlah saudara saudari selalu meminta wakil insuran anda membelikan insuran yang paling murah seperti ini kerana anda juga yang akan mengalami kerugian yang besar bayangkan yang anda terpaksa tanggung kos perbaiki kerosakan pada kereta anda atau kehilangan kereta anda dicuri dan anda juga terpaksa tanggung kos rawatan kecederaan badan diri anda.

Ingin dimaklumkan kepada anda bahawa kadar yuran insuran kenderaan-kenderaan bermotor di negara Malaysia adalah kadar tetap atau TARIFF.  Maksudnya, jika anda beli insuran kereta dari mana-mana syarikat dan dari wakil-wakil insuranpun, harganya akan tetap sama jika anda membeli insuran ikut nilaian semasa kereta dan penolakan NO CLAIM DISCOUNT (NCD) atau tambahan “LOADING” atau  pengecualian”EXCESS” yang sama.

Namun demikian, harga yuran insuran kenderaan anda akan berbeza jika syraikat insuran tersebut atau wakil insuran anda memohon atas jasa baik(goodwill)dan kerana anda telah menjadi pelanggan pilihan mereka yang memberi sokongan padu dan kuat dengan melanggani  dan beli banyak polisi insuran dari syarikat tersebut.

Aturcara pengiraan yuran(formula)mengikut jadual TARIFF tahun 2014 tertakluk kepada dua jadual yang berbeza iaitu satu untuk Semenanjung Malaysia dan yang lain untuk Sabah san Sarawak.

Ada juga syarat-syarat tertentu yang syarikat insuran inginkan anda membeli insuran kemalangan peribadi atau pemandu dan penumpang-penumpang untuk menjaga kepentingan anda yang mungkin ramai diantara kita yang tidak puas hati kerana kena bayar yuran-yuran insuran tambahan ini.

Untuk kebaikan semua pihak, amalan membuat rancangan setahun untuk menyimpan wang pendapatan anda mulai dari tarikh pembelian insurankenderaan terkini adalah salah satu langkah yang bijak dan arif supaya kita tidak merasakan bebanan yang berat bila membeli insuran kenderaan anda dan membayar road tax atau cukai jalan JPJ setiap tahun.

Syabas kami ucapkan kepada anda semua kerana mengambil masa emas anda untuk membaca dan memahami ciri-ciri insuran kenderaan seperti kereta, kereta sewa, lori, bas, dan teksi serta motosikal.

Baiklah, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga(quote or quotation) dengan emel atau telefon kami melalui laman Contact Us.

Terima kasih kerana sudi menguna perkhidmatan kami.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia General Insurance Agent Services Online

© 2018