Insuran Kemalangan Diri Malaysia Sedunia 24Jam|CheahThimFook.com

Tahukah anda bahawa insuran kemalangan diri atau insuran kemalangan persendirian iaitu personal accident insurance melindungi orang yang diinsurankan bila-bila masa dua-puluh empat(24) jam sehari tiga ratus enam-puluh lima hari setahun dan diserata dunia anda berada kecuali di negara-negara atau zon  perang seperti Israel, Palestin, Iraq, Syria dan Korea Utara?

Tafsiran insuran kemalangan persendirian ialah ia adalah produk insuran yang melindungi anda dalam sebarang kejadian malang  berlaku yang bersifat ganas, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan yang mengakibatkan berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian.

Pelan Insuran Kemalangan Diri biasa mempunyai ciri-cir menafaat seperti berikut:

  • A: Menafaat Kematian Akibat Kemalangan(Accidental Death Benefit-ADB)
  • B: Menafaat Kecacatan Kekal atau Hilang Upaya Menyeluruh(Accidental Disability and Dismemberment-ADD)
  • B1: Menafaat Hilang Upaya Sementara atau Cacat Sementara(Temporary Disability Allowance)
  • C: Menafaat Kos Rawatan Perubatan(Medical Reimbursement-MR)
  • D: Menafaat Elaun Harian antara 60 hari-180 hari Penginapan Hospital(Daily Hospital Income Allowance-HI)*
  • E: Menafaat Elaun Mingguan selama 52 minggu(Weekly Indemnity-WI)
  • F: Elaun Rawatan Berpanjangan melebihi 15 hari(Inconvenience  Allowance)*
  • G: Menafaat belian alat-alat kerusi roda atau Penyepit Bahu
  • H: Menafaat Demam Denggi
  • I: Elaun Ambulan
  • J: Menafaat Pampasan Kemandulan akibat Kemalangan(Impotency due to Accident Benefit)
  • K: Kehilangan Wang Tunai dan Dokumen Diri akibat ragut(Snatch Theft loss of Cash and personal document  benefits)
  • L: Menafaat Rawatan Perubatan Tradisional Sinseh terhad RM500(Traditional Chinese Medical Treatment by Sinseh)
  • M: Menafaat Kos Beli Lapuran Perubatan(Medical Report Benefit)
  • N:Bonus pembaharuan meningkat setaip tahun daripada 10% hinnga 100%
  • O: Menafaat Melecur(Burnt Benefit)
  • P: Menafaat Tulang Patah(Broken Bone Benefit)
  • Q: Elaun Wang Khairat(Compassionate Allowance)
  • R: Elaun Pengkebumian(Funeral Expenses)
  • S: Menafaat Pemindahan dan Bawa pulang jenazah(Evacuation and Repatriation Benefits)
  • T: Diskaun atau Percuma untuk kanak-kanak untuk pelan Keluarga.
  • * tertakluk kepada pelan-pelan yang anda pilih

Pengecualian

Terdapat pengecualian tertentu di mana syarikat insuran tidak akan menanggung kehilangan nyawa akibat kemalangan seperti:

  1. Bunuh diri atau kecederaan yang di lakukan terhadap diri
  2. Kematian akibat dari penyakit
  3. Kemalangan maut atau hilang upaya semasa menunggang motosikal atau membawa kereta dalam satu perlumbaan profesional
  4. Kemalangan, Kematian atau hilang upaya dalam aktiviti sukan profesional seperti tinju, ski ais dan payung terjun
  5. Kemalangan, Kematian atau hilang upaya dalam menaiki kapalterbang bukan komersial sebagai penumpang yang beli tiket. Upamanya menaiki kapalterbang atau helikopter tentera
  6. Kos rawatan yang berkaitan dengan kehamilan* kecuali akibat kemalangan yang merbahayakan nyawa siibu semasa mengalami kemalangan
  7. Kecacatan yang sedia ada pada badan
  8. Mengambil bahagian dalam aktiviti rusuhan, pergaduhan dan mogok
  9. Dalam keadaan mabuk arak/alkohol atau menyalahguna dadah
  10. Berkhidmat sebagai Polis, Tentera atau Juruterbang
  11. Penipuan dan kekcohan dalam permohonan insuran
  12. Panjat Gunung-ganang(Mountaineering)
  13. Selam Skuba lautan dalam(Deep sea Scuba diving)
  14. Aktiviti salah disisi undang-undang Kerajaan Malaysia seperti penyeludupan.

Tip-tip untuk membeli Insuran Kemalangan Diri

Tip No. 1 : Insuran Kemalangan Diri ialah insuran yang paling murah antaran semua jenis insuran. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa yang tidak menentu. Belilah sekarang-jangan tunggu jika anda belum ada polisi Insuran Kemalangan Diri lagi

Tip No. 2: Beli Insuran Kemalangan Diri bila ada promosi jualan – kebanyakan syarikat insuran am dan insuran hayat akan mempromosikan pelan-pelan terbaru mereka dan akan memberi menafaat yang menarik kepada pelanggan dengan harga yuran insuran yang murah.

Tip No. 3: Bincang dengan Agen atau Ejen atau Wakil Insuran Am anda yang memahami kehendak anda dan buat pilihan yang terbaik menampung apa menafaat yang masih belum ada atau kekurangan dalan program perlindungan Insuran Kemalangan Diri anda dan keluarga.

Tip No. 4: Namakan atau lantik orang yang tersayang dan boleh menerima menafaat kematian sekiranya kita maut dalam sesuatu nahas kemalangan.

Contoh-contoh Tuntutan Insuran Kemalangan Diri

Contoh 1: Kemalangan yang menimpa orang yang diinsurankan itu terjatuh dari tangga rumah di tingkat atas kerana silap langkah dan tergelincir kebawah lantai dan mengalami bengkak kepala kena hentapan lantai simen dan juga jari tangan tergeliat dan terkeluar dari kedudukan susunan asal tapak tangan dan jari.

Contoh 2: Seorang kanak-kanak yang sedang menunggangkan basikal kesekolah dan telah dilanggar oleh sebuah lori tanah dan akibatnya budak sekolah tersebut telah patah kaki di kaki kiri dari peha kebawah dan lumpuh pada tangan kanannya menyeluruh. Sekolah kanak-kanak tersebut ada melindungi kanak-kanak tersebut melalui skim insuran kemalangan kumpulan pelajar yang beri menafaat kematian atau kecacatan kekal RM50,000. Jika cacatatau hilang upaya anggota kaki dari peha kebawah 50% menafaat RM50,000 atau cacat atau hilang upaya setiap anggota tangan mulai dari lenggan ialah 50% menafaat RM50,000.

Kos rawatan hospital budak sekolah tersebut ialah RM30,000 manakala menafaatnya berhad RM3,000. Beliau melalui ibubapanya boleh mendapat gantirugi dari syarikat insuran yang tanggung skim insuran kemalangan pelajar kumpluan. Kerana kecacatan yang dialami ialah dua anggota badan sebelah kaki dansebelah tangan, ikut pelan insuran kemalangan, lazimnya budak sekolah tersebut boleh  tuntut 100% menafaat Kecacatan Kekal RM50,000 x 100% = RM50,000.  Ibubapanya juga boleh tuntut elaun pelbelanjaan kesusahan (Inconvenient Allowance) sebanyak RM500 semasa menjaga anak mereka di rawat di hospital. Selain itu mereka boleh tuntut elaun penginapan hospital yang dibenarkan yang tercatat dalam pelan polisi Insuran Kemalangan Kumpulan Pelajar.

Nampaknya kos pelbelanjaan rawatan perubatan di hospital sebanyak RM30,000 tidak dibayar penuh kerana had insuran nya ialah RM3,000.  Jadi sebagai ibubapa budak sekolah tersebut, lazimnya, mereka berhak menuntut gantirugi dari pemandu lori dan tuan lori yang melanggar anak mereka. Mereka boleh ambil tindakan undang-undang mahkamah terhadap mereka berdua dan syarikat insuran yang menginsurankan lori tersebut akan melawan kes dimahkamah untuk mengurangkan beban dan jumlah yang dituntut dengan alasan kan-kanak tersebut juga yang menyebabkan kemlangan berlaku(Contributing Factor). Kos guaman perlu di tanggung ibubapa dan syarikat insuran tertakluk kepada hukuman kehakiman.

Contoh 3: Musim cuti sekolah ramai keluarga telah bercuti dan berkelah di pantai Cenang di Pulau Langkawi, Kedah,Malaysia termasuk lima orang ahli kerluarga En M.  Oleh kerana telah berlakunya Bencana Alam Semulajadi seperti Gempa Bumi didasar lautan India berdekatan kepulauan Aceh di Indonesia yang mengakibatkan ombak Tsunami yang tinggi dan kuat kelajuan telah sampai ke pantai Semenanjung Malaysia  dan ketika itu kerluarga Mamat semuanya sedang bersukaria dan mandi-manda di laut Pantai Cenang dan kerana mereka telah di bawa ombak Tsunami kelautan dalam dan telah mati lemas.

Pelan Polisi Insuran Kemalangan Keluarga yang di beli oleh En M bayar Menafaat Kematian RM100,000 untuk Si Suami dan Si Isteri. Maksunya RM100,000 x 2 = RM200,000.  Manakala menafaat kematian setaiap ahli keluarga terdiiri dari Tiga orang anaknya ialah 50% perlindungan orang dewasa.  Maksudnya RM100,000 x 50% kali 3 orang anak = RM150,000.  waris-waris keluarga En M akan menerima wang pampasan dari syarikat insuran sebanyak RM200,000 + RM150,000 =RM350,000 kesemuanya.  Untuk orang-orang berugama Islam, semua waris Muslim akan mendapat pembahagian wang pampasan mmengikut undang-undang Syariah.

Contoh 4: Ketika tauke kedai kopi Ah Huat sedang membancuh kopi O Ipoh White Coffee perisa Tongkat Ali, dia terkena tumpahan air masak yang sedang didh panas yang mengakibatkan kulit tangan kirinya melecur dan terpaksa berehat cuti sakit selama tujuh(7) hari dan mendapat rawatan klinik swasta Dr Anawar diSeberang Jaya, Pulau Pinang yang caj dia kos rawatan dan ubat serta krim sapu sebanyak RM388.80. Tauke Ah Huat boleh menuntut kos rawatan perubatannya RM388.80 dengan penuh kerana pelan Polisi Insuran Kemalangan bayar sampai had RM1,000 setiap kali berlaku kemalangan pada orang yang diinsuran.

Contoh 5: Ada ramai pelancong tempatan dan pelancong asing telah ke Batu Feringgi diPulau Pinang, Malaysia.  Kerpal Singh sedang menaiki skuter jetski air bersama kawannya Eng Guan yang bonceng dibelakang.  Terdapat juga sepasang warga Arab yang sedang berbulan madu di Pulau Pinang dan sedang menginap diHotel Sayang-sayang.  Mereka juga menaiki skuter jetski berdua-duaan dan kerana mereka asik bercinta, mereka tidak nampak haluan yang didatangi skuter air Kerpal dan Eng Guan telah berlanggar di laut yang mengakibatkan Kerpal Singh mati kerana tulang paru-paru telah retak dan dan mati sesak nafas manakala Eng Guan telah terselamat tetapi mata kanannaya buta terkena serpihan fiber skuter yang hancur teruk akibat impak kuat pelanggaran. Polisi Insuran Kemalangan yang Kerpal beli dari agen insuran am Siang Kit bayar mennafaat kematian sebanyak RM1.0juta manakala polisi kemalangan Eng Guan mendapat tuntutan kecacatan kekal pada mata kanannya sebanyak RM100,000 iaitu 50% nilai muka polisinya RM200,000. Beliau juga dapat tuntut wang belanja rawatan kecederaan(Medical Reimbursement) maksimum sebanyak RM10,000 dan cuti sakit selama 180 hari yang berkadarkan RM100 setiap minggu dan juga wang pampasan pendapat hospital(Daily Hospital Income)semasa berada  diwad penginapan hospital selama 30 hari iaiitu RM100 setiap hari atau RM3,000.

Contoh 6: Semasa kenduri kahwin Siti dan Jefri di  Yan Kecil telah menjemput ramai tetamu, jamuan makanan yang banyak perlu disediakan.  Kerana kesuntukan masa, tukang masak tidak dapat menempah daging ayam segar yang mencukupi pada hari itu, beliau telah pergi beli dari kedai runcitberdekatan yang telah menjual potongan ayam yang telah lama disimpan di peti sejuk,  Oleh kerana daging ayam yang dibeli dari kedai runcit telah merosot kesegarannya, ada tetamu yang makan potongan ayam tersut telah sakit perut dan muntah-muntah serta cerit-berit dan Awang dan isterinya Salmiah telah dirawat dihospital Metro Hospital Sungai Petani selama tiga hari dua malam dan membelanjakan sebanyak RM3,000 dan cuti sakit lima hari. Doktor Pakar mengesahkan yang suami iteri Awang dan Salmiah terkena keracunan makanan(Food Poisoning). Wang dan Salmiah ada beli polisi Insuran Kemalangan suami isteri yang memberi menafaat ganti rugi kos rawatan(Medical Reimbursement) bernilai RM4,000 setaip seorang.  Mereka dapat tuntut penuh wang RM3,000. dan elaun cuti saki lima hari ikut pelan yang mereka beli dari ejen insuran am.

Contoh 7: Ah Kow telah digigit anjing Rotweiller yang terlepas dari jagaan jirannya dan perlu di beri suntikan Rabis dan lain lain antiseptik dan antibiotik dan menerima tiga (3) jahitan pada peha kanannya.   Cuti sakit 10 hari kerana tidak boleh jalan kaki. Dia tuntut gantirugi dari syarikat insuran untuk yuran rawatan perubatan dan cuti sakit  selama beliau tidak boleh berkerja.

Contoh 8: Linda dan kawannya Niko sedang bermain skuasi di Arena Skuasi Bukit Jalil.  Linda terpukul badan belakang Niko dan punggung Niko berdarah dan bengkak. Perki ke X-ray dan rawatan klinik kosnya RM150 serta cuti sakit tiga(3) hari.

Contoh 9:  Tauke Ah Long mempunyai insuran kemalangan diri untuk menafaat kematian RM400,000 sedang berada dibank membayar pinjaman keretanya.  Tiba-tiba satu rompakan telah berlaku didalam bank tersebut dan dalam sekelip mata Ah Long terjatuh kelantai dan berlumuran darah dari bahagian kepalanya akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh perompak semasa melarikan diri dari bank.

Contoh 10: Ketika Si Minah ada perlindungan insuran kemalangan dari majikannya, sedang berjalan kaki pulang dari kerja, tiba-tiba beg dompet tangan dan rantai emas yang di pakainya di ragut  dari belakang oleh dua lelaki yang tidak dikenali dan beliau tercedera di bahagian leher dan terjatuh kelongkang dan lutut kakinya bengkak dan terpaksa ambil rawatan klinik dan kosnya RM80 dan juga di rawat secara tradisional dengan urutan Sinseh yang kosnya RM50.  Wang dalam dompetnya sebanyak RM100 serta lesen memandu kereta dan motosika, kad pengenalannya dan kad ATM banknya juga hilang diragut bersama rantai emasnya nilai RM1,000 nya . Boleh tuntut kos rawatan perubatan RM80 dan kos rawatan Sinseh ubat traditional RM50 dan wang tunai RM100.

Contoh 11: Insiden Kapal Terbang Penumpang Komersial(Commercial Passengers Airlines) yang ditembak jatuh dalam penerbangan seperti Penerbangan MAS MH17 dari Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam, Belanda ke Lapangan Terbang KLIA di Kuala Lumpur, Malaysia yang melalui ruang udara negara Ukraine dimana semua anak kapal dan penumpang maut.** Ini adalah tragedi luarbiasa yang pihak kerajaan Malaysia dan Kerajaan Antarabangsa dan syarikat insuran am dan hayat membuat keputusan membayar wang pampasan kematian berdasarkan senarai nama-nama penumpang dan anak kapal yang terkorban walaupun mayat mangsa belum ditemui penuhnya dan mayat mereka belum selesai dikenalpasti untul dibawa pulang untuk dikebumikan.

Begitulah ceritanya.

Apakah menafaat yang anda perolehi apabila anda membeli insuran kemalangan diri dari kami yang  menjadi wakil insuran am kepada beberapa syarikat insuran am yang terkenal di seluruh dunia?

Pasti ada dapat menikmati pelan Insuran Kemalangan Diri yang sungguh bernilai dan terbaik di pasaran.  Kami juga akan pastikan layanan yang terbaik dan cepat dalam soal-soal menafaat dan juga tuntutan(Claim).

Sila hubungi kami segera tentang Insuran Kemalangan Diri melalui laman web contact us  atau talipon sekarang kepada nombor talipon yang terpapar.

Be Sociable, Share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia General Insurance Agent Services Online

© 2018