Insuran Kereta Motosikal Renew Road Tax Malaysia|CheahThimFook.com

Salam sejahtera saudara dan saudari,

Kami adalah Wakil Insuran Am atau Agen Agensi Insuran Am atau Ejen Ejensi Insuran Am yang beroperasi dari Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia sejak tahun 2000 dan berdaftarkan nama syarikat agensi atau ejensi insuran Psalm Agency (PG0076402-A) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).

Kami amat bangga kerana dapat menawarkan perkhidmatan kami bersama-sama dengan syarikat -sayrikat gergasi industri Insurans Am seperti AIG Malaysia Insurance Berhad dan Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad yang meyediakan pelbagai produk-produk terbaik dan terkemuka didunia kepada Rakyat Malaysia khasnya.  Kami juga mendapat sambutan dan sokongan yang cemerlang dari panel-panel woksyop dan bengkel perbaiki kereta dan  dari perkhidmatan panel hospital-hospital swasta tempatan di seluruh Malaysia dan juga di luar negara melalui rangkaian cawangan-cawangan syarikat insurans Am antarabangsa di seluruh dunia(worldwide networks of branches, supports and system providers)

AIG Malaysia Insurance Berhad adalah sebuah syarikat insuran am yang terkenal di dunia dalam industri insuran dan kami adalah wakil insuran atau agen insuran atau ejen insuran yang diwartakan olehnya dalam lamannya yang menghuraikan nama-nama agen atau ejen insuran utama mereka di Negeri Pulau Pinang, Pulau Mutiara – Pearl of The Orient.

AIG iaitu nama singkatannya, dahulu pertama kali bertapak kaki di Malaysia dengan dikenali sebagai American Home Assurance Company (Malaysia) Limited.  AIG  menawarkan pelbagai produk insurans am seperti insurans kereta(Motor Insurance), Insurans Komersial Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana(SME Package insurance), Insurans Kemalangan Individu dan Kumpulan(Individual and Group Personal Accident Insurance policies), insurans professional liabiliti (Professional Liability Insurance)untuk Peguam, Arkitek, Akauntan, Jurutera(Engineering), Juru Ukur(Surveyors), Komputer dan Penganalisa Data, Insurans Pengangkutan dan Marin Kargo dan Hull untuk industri ekspot dan impot, insurans liabiliti komprehensif am(Comprehensive General Liability) dan Insurans kesilapan dan peninggalan(Errors and Ommission Insurance) dan pelbagai lagi. Sila rujuk kepada kami jika anda perlu sebarang perlindungan yang khas dan terbaik untuk kepentingan tuan/puan.

Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad juga merupakan sebuah syarikat insurans am dan hayat yang hebat dan terkemuka dengan insurans marine cargo dan marine hull dari awal pertubuhannya lagi.  Tokio Marine nama mesra singkatan mejuga menawarkan pelbagai perkhidmatan insurans am seperti insurans kereta, insurans motosikal, insurans kebakaran dan kecurian, insurans perniagaan seperti insurans kejuruteraan dan kontraktor binaan(Contractor All Risks), insurans pampasan pekerja(Wormen’s Compensation Insurance), Insurans liabiliti awam untuk kecuaian (Public Liability), Bon Insurans(Perfonance Bond) dan lain-lain insurans kesihatan(Hospital and Surgical Insurance), insurans penyakit kirtikal(Critical Illness Insurance) dan insurans pekerja asing Foreign Workers’ Insurance).  Tanyalah kami jika anda ingin info lanjut.

Selain daripada dua syarikat tersebut diatas, kami juga berkerjasama dengan rakan kami yang mengwakili syarikat insurans Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad iaitu AmGeneral Insurance Berhad yang juga terkenal dengan produk-produk unik mereka.

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan memperbaharui road tax atau cukai jalan di JPJ dan melalui MYEG untuk menghantar road tax sampai kepada anda dirumah atau kepejabat anda.

Berikut adalah senarai perkhidmatan dan jenis polisi insuran yang disediakan oleh syarikat kami:

Persendirian (Personal Lines)

Perniagaan(Business)

  • Insurans Kenderaan Komersial seperti E-Hailing, Teksi, Kereta Sewa, Kereta Limosin, Van, Lori dan Bas
  • Insuran Bangunan Rumah Kedai, Pejabat dan Kilang dan Isi Kandungan
  • Insurans Pakej Perniagaan PejabatPerkhimatan, Kedai Runcit, Kedai Borong dan Setor, Hotel Butik dan Bajet, Kedai Kain Baju, Kedai Kasut dan Beg, Kedai Kek dan Roti, Kedai Bunga, Kedai Cenderamata dan hadiah, Kedai Makanan dan Minuman, Restoran, Kedai Alat Tulis dan Buku, Kedai Farmasi, Kedai Ubat Tradisional Cina, Kedai, Kedai Salun Kecantikan dan Spa,Kedai Gimnasium, Kedai Salun Rambut dan Gunting Rambut, Kedai Jual Kereta dan Motosikal, Kedai Perabut, Kedai Persolekan dan Produk Kesihatan, Kedai Mainan Kanak-Kanak dan Tadika, Stesen Minyak Petroliam dan pelbagai lagi.
  • Insurans Kecurian dan Rompakan
  • Insurans Wang Dalam Premis dan Wang Dalam Perjalanan KeBank dan Dari Bank ke Kedai(Transit)
  • Insurans Semua Risiko Kejenteraan(Machinery All Risks)
  • Insurans Kerosakan Kejenteraan(Machinery Breakdown)
  • Insurans Semua Risiko Kontraktor(Contractor AllRisks)
  • Insurans Semua Risiko Pembangunan(Erection All Risks)
  • Insurans Komprehensif Liabiliti Am (Comprehensive General Liability)
  • Insurans Papan Iklan dan Cermin Kaca
  • Insurans Liabiliti Awam(Public Liability)
  • Insurans Jaminan Amanah(Fidelity Guarantee)
  • Insurans Skim Pampasan Pekerja(Workmen’sCompensation Scheme)
  • Insurans Kemalangan Kumpulan Pekerja
  • Insurans Kesihatan Kumpulan Pekerja
  • Insurans Skim Kesihatan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing(SKHPPA)atau dikenali sebagai Foreign Workers Hospitalisation and Surgical Insurance Scheme(FWHS) yang juga bergelar sebagai SPIKPA dikalangan Hospital Kerajaan Malaysia, iaitu, Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing
  • Insurans Skim Pampasan Pekerja Asing atau dikenali sebgai Foreign Workers Compensation Scheme(FWCS)
  • Insurans Perlancongan Kumpulan Ahli Perniagaan dan Pekerja
  • Insurans Lembaga Pengarah dan Pegawai(Directors & Officers Insurance)
  • Insurans Kelalaian dan Kesilapan(Error & Omission)
  • Insurans Barang-barang dalam Pengangkutan(Goods-In-Transit)
  • Insurans Marin Kargo
  • Insurans Marin Hull(Kapal layar dan Injin)
  • Insurans Perlombongan Minyak dan Gas (Oil & Gas)
  • Insurans Pelantar Minyak dan  Loji Penapisan
  • Insurans Liabiliti Produk(Product Liability)
  • Insurans Lupus Produk (Product Recall)
  • Insurans Culik(Kidnap Insurance)
  • Insurans Pencemaran Makanan(Food Contamination Insurance)
  • Insurans Pencemaran Alam Sekitar(Environmental Pollution)
  • Insurans Liabiliti Profesional atau Insuran Indemniti Profesional(Profesional Indemnity Insurance or Professional Liability Insurance) Peguam, Akauntan, Setiausaha Pengurusan, Juru Audit, Juru Nilai, Juru Ukur, Pakar Perunding Jurutera, Arkitek, Agen Hartanah, Ejen Insuran Am dan Hayat,  Pakar IT, Siber dan Elektronik, Pakar Bina Laman Web dan Pakar Iklan dan Pemberita.

Kami mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman sebagai wakil insurans yang lazim menyediakan perkhidmatan insuran kenderaan bermotor kereta, Motosikal dan Lori disini.

Apabila anda beli insurans kenderaan seperti insurans kereta persendirian, anda dapat menikmati panduan kereta di jalanraya di tiga negara. Betul.  Pernahkah saudara dan saudari membaca polisi insurans kereta anda selepas anda terimanya dari wakil insuran anda.

Insurans kereta Malaysia melindungi kereta anda semasa anda pandunya di Semenanjung Malaysia dan diSabah dan Sarawak di Timur Malaysia.  Selain dari negara kita Malaysia yang tercinta, insurans kereta Malaysia sah laku di Negara Brunei Darusalam dan diRepublik Singapura.

Apa maksudnya?  Jika kereta anda mengalami kerosakan akibat tragedi kemalangan jalanraya ketika memandu kereta anda untuk pergi melawat saudaandara mara di bandar Seri Begawan, anda boleh buat tuntutan insuran komprehensif kenderaan kereta anda untuk gantirugi kos memperbaiki kereta anda dan juga kereta atau harta benda pihak ketiga yang dilanggar oleh kereta anda.  Begitu juga jika pihak ketiga yang tercedera badan dilanggar oleh pemandu kereta pendaftaran negara Malaysia yang mempunyai polisi komprehensif insuran kenderaan kereta Malaysia.

Jika ia berlaku ketika anda pergi bercuti sambil melancung ke Pulau Sentosa menyeberangi tambak Johor atau melalui Jambatan Tuas keSingapura dengan tidak sengaja, kereta anda tercicir dan melanggar kereta orang lain milik rakyat Singapura, anda juga boleh meminta pihak bengkel kereta menarik kereta anda kembali keJohor, Malaysia untuk di ketuk,cat dan ganti alat-alat yang rosak seperti lampu yang pecah atau kipas yang patah. Kereta milik rakyat Singapura tersebut juga boleh ambil tindakan menuntut gantirugi kerosakan pada keretanya terhadap syarikat insurans yang mengeluarkan polisi insurans komprehensif kereta milik anda.

Jika pemandu tersebut atau orang lain yang menumpang didalam kereta rakyat Singapura tersebut juga tercedera, mereka juga berhak menuntut kos rawatan dihospital dinegara Singapura terhadap insurans kenderaan komprehensif kereta anda.

Alangkah baiknya polisi insurans kenderaan kereta Malaysia.  Saudara dan saudari yang memandu didalam kereta pendaftaran Malaysia atau kawan yang menumpang yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di Brunei atau diSingapura jika cedera badan atau tercacat anggota atau meninggal dunia bagaimana pula?

Oh sungguh dukacita kerana insurans kenderaan kereta komprehensif hanya melindungi gantirugi kerosakan pada kereta anda atau kehilangan kereta akibat kecurian.

Olehitu, Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Yang berhormat dan Yang Bahagia, Tuan-tuan dan Puan-puan dinasihati meringgankan beban anda dengan membeli sejenis insurans perlindungan terhadap pemandu dan penumpang-penumpang ,iaitu, insurans kemalangan yang dikenali Driver and Passengers Personal Accident Insurance(DPPA).

Insuran DPPA ini ialah insuran tambahan yang boleh diambil sekaligus dengan insurans kenderaan kereta anda ketika menyambung insuran kereta dan road tax atau cukai jalan anda.  Harganya murah sahaja dan ia tertakluk kepada kemampuan anda jika anda ingin perlindungan insurans yang tinggi.

Biar kami kongsi pengalaman selama dua-puluh(20) tahun kami dalam bidang insuran am terutamanya insuran kenderaan kereta persendirian.  Ramai pelanggan kami selalunya inginkan insurans yang terbaik tetapi mahu harga yuran insurans kenderaan kereta persendirian yang termurah.  Manalah nak cari harta karun yang berkilauan emas seperti yang dikehendaki ikut citarasa pelanggan?

Setiap produk insurans yang dijual dipasaran dinegara Malaysia dipantau oleh Persatuan Insuran Am Malaysia dan juga perlu mendapat kelulusan Bank Negra Malaysia.  Inilah salah satu keyakinan yang anda boleh pasti apabila membeli insuran daripada syarikat insurans am, syarikat insurans hayat, syarikat insuran takaful dan syarikat-syarikat reinsuran am dan syarikat reinsurans takaful yang berlesen.

Anda juga boleh menaruh keyakinan anda pada semua wakil insurans am dan insuran hayat yang berlesen dan bertauliah jika anda mengenalpasti yang wakil insurans atau agen atau ejen anda mempunyai kad keahlian Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM) atau Persatuan Insurans Hayat Malaysia(LIAM) yang sah kebiasaannya laku selama dua tahun dan perlu diperbaharui sentiasa untuk mengelarkan diri mereka sebagai wakil atau agen atau ejen insuran berkemahiran dan profesionalisme.

Bagaimana pula dengan tuan kereta yang membeli insurans kenderaan yang jenis insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian(Third Party Fire & Theft Only) yang terlibat dengan kemalangan dijalanraya di Bandar Seri Begawan atau dijalanraya Singapura diOrchard Road?

Mengenai wang nilai gantirugi yang melibatkan wang mata asing, syarikat insurans kenderaan anda akan menguruskannya dengan syarikat insurans tanggungan kenderaan kereta pemilik rakyat Brunei atau rakyat Singapura tersebut.

Jawapannya, kerosakan pada kereta dan harta pihak ketiga dan kecederaan badan pada pihak ketiga semuanya ditanggung oleh syarikat insurans kenderaan kereta anda.  Nahaslah engkau kerana kerosakan pada kereta anda dan kecederaan pada diri anda perlu ditanggung oleh anda sendiri!

Jika kereta anda kena curi di Brunei dan diSingapura, anda perlu buat lapuran polis dinegara yang tersebut dan beli lapuran hasil siasatan mereka untuk buat tuntutan terhadap syarikat insurans anda yang tanggung risiko polisi insurans kenderaan komprehensif dan juga insurans jenis pihak ketiga,kebakaran dan kecurian.

Jika insuran kenderaan kereta anda ialah insurans pihak ketiga, jika kemalangan jalanraya melibatkan kereta anda dan anda juga yang disalahkan oleh pihak berkuasa polis trafik kerana kecuaian anda melanggar kenderaan kereta orang lain, pemilik kereta tersebut berhak menuntut ganti rugi daripada syarikat insurans kenderaan kereta anda dan juga kos rawatan perubatan jika mereka mengalami kecederaan badan atau kecacatan anggota atau mengalami kematian.

Untuk pemandu kenderaan kereta pendaftaran negara malaysia, anda dinasihat membeli insurans kenderaan kereta persendirian komprehensif yang juga mempunyai insurans perlindungan tambahan Legal Liabiliti terhadap Penumpang-penumpang(LLP A) dan Legal Liabiliti anda kepada Penumpang-Penumpang dalam kereta anda.

Apa itu LLP A? Ia adalah perlindungan terhadap penumpang-penumpang dalam kereta anda yang menaikinya dan mungkin mencederakan orang awam dengan tidak sengaja seperti membuka pintu kereta dan terhantuk orang yang sedang melintas jalan atau menjatuhkan penunggang motosikal yang datang dari arah belakang.

Yang LLP lagi satu ialah Legal Liability to Pessengers dalam bahasa Inggeris bermaksudkan anda juga bertanggungjawab terhadap keselamatan semua penumpang yang berada dalam kereta anda ketika memandu kereta anda dijalanraya.

Contohnya, jika didalam sesuatu kemalangan jalanraya yang melibatkan anda dan terdapat penumpang-penumpang yang mungkin terdiri daripada kaum keluarga anda atau sahabat karib anda atau ahli usahawan perniagaan gandingan anda atau pelanggan anda didalam kereta yang di pandu oleh anda yang tercedera dan maut dalam nahas tersebut dan pihak berkuasa trafik telah mendapati anda telah cuai kerana tidak berhenti dilampu isyarat merah dan terlanggar hancur lenyap kereta orang lain dan pemandu serta penumpang kedua-dua kereta yang terlibat dalam kemalangan berhak menuntut gantirugi daripada syraikat insurans yang menanggung insurans kenderaan kereta anda yang mempunyai indorsmen(endorsement) menyatakan polisi insurans kereta anda ada perlindungan tambahan LLP dan LLP A.

Kebiasaannya LLP A hanya terhad kepada kenderaan yang berkapasiti membawa lima(5) orang penumpang termasuk pemandunya.  Yuran tambahan untuk LLP bukannya mahal.

Bagaimana pula kereta yang dipandu ke Sadao, Haadyai, Songkla,Betong, Patani, Phuket, Bangkok dan Pattaya dinegara Thailand yang bersempadan dengan Malaysia di utara Semenanjung seperti melalui Bukit Kayu Hitam,negeri Kedah, Pdang Besar dan Wang Kelian di negeri Perlis, Pengkalan Hulu, Perak dan Rantau Panjang dinegeri Kelantan.

Ayuh..manalah ada insurans ajaib seperti tikar ajaib Alibaba!.  Kalau saudara dan saudari ingin pandu kereta anda ke negara jiran Thailand, sila beli insurans kenderaan kereta dari Syarikat Insuran Thailand daripada wakil insuran atau ejen-ejen insurans kereta yang berniaga dikebanyakan pekan-pekan Malaysia yang bersempadan dengan Thailand.

Selain dari itu, anda juga boleh dapatkannya daripada pejabat-pejabat urusan syarikat insurans Kurnia Insurans Berhad yang mempunyai anak syarikat insurans diThailand.

Lain-lain syarikat insurans am mungkin akan melayani permintaan anda untuk menambahkan perlindungan perjalanan untuk masa singkat (per trip) jika anda adalah pelanggan pilihan mereka(preferred client and on accomodation basis).

Untuk makluman tuan dan puan yang disayangi, sila bawa salinan kad pendaftaran kenderaan kereta anda, salinan polisi insurans kereta, lesen memandu anda dan juga kad pengenalan atau paspot anda semasa ingin memasuki negara-negara jiran untuk membuat permohonan permit bawa masuk negara asing mengikut peraturan dan undang-undang kastam dan eksais negra-negara jiran dan Malaysia.

Ingin dapatkan sebutharga dan ingin tahu pengiraan yuran insuran komprehensif kenderaan kereta anda dan juga kadar road tax kenderaan anda? Kami juga menyediakan banyak lagi produk-produk insuran untuk persendirian dan juga untuk ahli perniagaan.

Anda juga boleh membuat bayaran yuran insuran kereta, road tax, insuran kemalangan persendirian, insuran kebakaran rumah dan isi kandungan rumah, insuran kebakaran rumah kedai dan insuran pakej kedai runcit serta insurans perlancongan dengan kad kredit Visa atau kad kredit Mastercard. Anda yang tiada kad kredit juga boleh bayar yuran insuran kereta dan road tax atau cukai jalan JPJ kepada kami melalui akaun perbankan kami dengan Maybank, CIMB dan Hong Leong Bank dengan pindaan elektronic atau melalui pindaan ATM atau bayar wang tunai kepada kami.

Kami sedia membantu anda dan menerima cadangan anda atau berkongsi maklumat dengan anda.  Kunjungilah laman-laman web kami yang berkaitan dengan pencarian anda didunia siber ini.

Sila hubungi kami dilaman Contact us.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia General Insurance Agent Services Online